Monday, June 22, 2009

Nik Aziz vs Nasharuddin, Kerajaan Perpaduan

SIKAP Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat meminta supaya Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa melepaskan jawatan dalam parti dan Ahli Parlimen Bacok jika ingin meneruskan hasrat membentuk kerajaan perpaduan. Keputusan Nik Aziz ini dilihat sebagai keputusan peribadi dan keterlaluan kerana yang berhak memaksa Nasharudin meletakkan jawatan ialah keputusan parti.

Nik Aziz yang terkenal dengan sikap yang tidak pernah konsisten dalam membuat sesuatu keputusan nampaknya sedang mengundang api perpecahan di kalangan golongan muda dalam PAS. Kebanyakan mereka yang menyokong pembentukan kerajaan perpaduan ialah golongan muda, termasuk Ketua Pemuda PAS sendiri.

Haji Hadi selaku Presiden PAS mungkin mempunyai rasionalnya maka beliau berhasrat untuk meneruskan kerajaan perpaduan meskipun dipaksa menolaknya beberapa bulan lepas. Setidak-tidaknya, setelah gagal pusingan pertama berdasarkan cadangannya dalam Muktamar PAS di Ipoh Perak tahun lalu, tahun ini beliau membangkitkan kembali.

Keperluan kepada penubuhan kerajaan perpaduan, dalam pusingan pertama bulan Mac dan April lalu telah menampakkan ada tanda-tanda bakal terlaksana apabila Nik Aziz sendiri membuat kenyataan melalui blog anaknya, Nik Abduh “ Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.


“Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran misalnya. Kita nak jadi Perdana Menteri, mesti mereka tidak terima. Jadi, kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama”, tambah beliau.

Ini membuktikan jika BN sanggup mengorbankan beberapa jawatan atau kementerian penting, Nik Aziz sanggup menerima pembentukan kerajaan perpaduan bagi memenuhi tuntutan kepentingan rakyat dan negara. Tapi nada itu kemudiannya menjadi terlalu sombong dan bongkak apabila mahu menyingkirkan Timbalan Presiden Pas kerana ingi meneruskan perundingan mengenai kerajaan perpaduan.

Golongan muda dalam PAS melihat Mursyidul Am itu sebenarnya sedang bersandiwara dengan dirinya sendiri apabila sudah ada pihak di dalam PAS sendrii yang tidak mahu mendengar nasihatnya. Beliau pernah menegaskan bahawa beliaulah nakhoda yang bertanggungjawab menentukan pelayaran politik PAS dan nasihatnya mestilah didengar.

Jika dilihat dari perspektif politik PAS sendiri perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang boleh meremangkan bulu roma sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan terutama dalam sebuah siasah yang berteraskan Islam. Perbezaan pendapat itu bukanlah mengenai perkara wajib, ia masih merupakan hal-hal yang boleh dianggap sunat kerana tanpa kerajaan perpaduan dengan BN pun, PAS diakui mempunyai kekuatannya sendiri di Kelantan.



UMNO tidak akan dapat menawan Kelantan dengan mudah, kerana PAS telah lama mengusahakan pelbagai kaedah bukan sahaja bagi mengekalkan kedudukannya, malah mengalahkan UMNO secara total. Cuma mungkin di beberapa tempat, PAS tidak dapat melebarkan sayap pengaruhnya terutamanya bagi menguasai parlimen Gua Musang ataupun Jeli. Lain-lain kawasan, termasuk bagi merebut kerusi DUN N 41 Manek Urai pada pertengahan Julai nanti, ramai pihak menjangkakan PAS akan menang.

Berdasarkan sejarah pilihan raya sejak tahun 1959, PAS menang 8 kali manakala BN hanya menang sebanyak tiga kali iaitu 1978, 1982 dan 2004. Kawasan Manek Urai mempunyai jumlah pengundi seramai 12,293 dan 47.09 peratus adalah mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Ada juga pihak melihat bahawa sikap Nik Aziz itu merupakan satu keputusan terdesak bagi mempertahankan kumpulan penyokong kuatnya yang tidak mahukan kerjasama dengan BN. Golongan ini melihat bahawa melalui kerjasama dengan UMNO khususnya, seolah membuka kembali luka lama yang pernah turut beliau rasai apabila bergabung dengan BN pada tahun 1974.
Kumpulan yang masih lagi merasakan keburukan hubungan antara PAS dan UMNO dalam BN hanya tinggal beberapa orang sahaja, termasuk Nik Aziz sendiri. Nik Aziz merasakan semasa berada dalam BN dahulu, PAS hanya diberikan jawatan sebagai menteri yang tidak banyak membawa faedah kepada rakyat Kelantan. Walaupun PAS ketika itu seakan ‘lemas” apabila parti Berjasa pimpinan Datuk Haji Mohd Nasir diberikan jawatan sebagai Menteri Besar.


Walaupun Berjasa mentadbir Kelantan, kedudukan menteri besar itu dikatakan amat tertakluk dengan telunjuk UMNO, iaitu kekuasaan yang dimainkan oleh Tan Sri Hussein Ahmad, Timbalan Menteri Besar, yang mempunyai hubungan rapat dengan istana ketika itu. Menteri Besar dianggap sebagai “boneka UMNO” dan jika kerajaan perpaduan ingin diteruskan juga, maka penerajunya itu sudah pun dicapkan sebagai “boneka UMNO” oleh Nik Aziz.

Mungkin suasana dan iklim politik yang pernah mewarnai kerjasama dalam BN dahulu menjadi punca dendam Nik Aziz untuk terus menolak dan menghalang sesiapa pun yang ingin meneruskan pembentukan kerajaan perpaduan. Jika itulah alasan yang boleh kita terima, bermakna Mursyidul Am Pas itu merupakan seorang pendendam dan tidak boleh memaafkan sesiapa pun yang pernah melakukan kesalahan.

Reaksi sebahagian pemerhati politik, terutama anak-anak Kelantan yang berada di perantuan melihat sikap Nik Aziz itu sepatutnya dielakkan kerana beliau merupakan seorang tokoh agama yang disegani. Seharusnya beliau mengeluarkan kenyataan yang lebih berhemah kerana pembentukan kerajaan perpaduan itu adalah untuk kembali memperkuatkan kedudukan Islam.
Nik Aziz harus sedar bahawa untuk memperkuatkan kedudukan Islam, ia mestilah bermula dengan memperkasakan kedudukan Melayu. Secara absahnya, Melayu itu Islam, maka untuk memperkukuhkan kedudukan Islam yang sedang menerima tekanan dan cabaran masa kini, haruslah bermula dengan usaha memperkukuhkan kedudukan orang Melayu. Beliau yang pernah mengatakan ia, jika kerajaan perpaduan itu bertujuan untuk memperkukuhkan ketuanan Islam, maka harus menerima idea ini.


Perjuangan PAS yang pernah disinonimkan dengan Islam, walaupun pernah menuduh bahawa UMNO itu “taghut” suatu masa dahulu, nampaknya setelah bergabung dengan lain-lain parti pembangkang telah menukar arah. Arah yang ditujui sekarang ialah untuk mendapatkan kuasa, dan kerana itu pada suatu ketika dahulu pernah berangan-angan untuk “melelong Putrajaya” apabila berjaya memerintah Malaysia.

Tapi kini, sedang mengorak langkah membantu de facto Parti Keadilan Rakyat merintis jalan ke Putrajaya walaupun masih belum menampakkan kejayaannya. Idea menawan Putrajaya semakin kendur sekarang kerana part-parti komponen dalam pakatan pembangkang sedang menghadapi krisis dalaman, begitu juga antara PAS-DAP dan DAP-PKR.

Masyarakat dapat melihat tingkah laku sebahagian pemimpin besar mereka. Lagak dan gayanya kadangkala menyebabkan rakyat sebahagiannya mula membenci dan menjauhkan diri apabila gagal membawa sebarang pembaharuan dan perubahan dalam kawasan yang dikuasainya.

Meskipun kelantangan suara dan bantahan masih belum meluas, cakap-cakap mula kedengaran bahawa DAP di Pulau Pinang tidak menampakkan kesungguhan untuk menyelesaikan kemelut orang Melayu Pulau Pinang. PKR yang menjadi rakan kongsi yang kuat, tidak juga mempunyai perancangan konkrit bagaimana untuk mempertingkatkan ekonomi Melayu, sebaliknya hanya melebarkan sayap propaganda menuduh kepimpinan BN dengan pelbagai dakwaan.



Mungkin kerana perkembangan politik yang berlaku setahun selepas tsunami PRU ke-12 ini memberikan sedikit kesedaran kepada Presiden Pas untuk merintis jalan menjalinkan kerjasama bagi mewujudkan kerajaan perpaduan dengan BN. Hubungan kerjasama dalam parti komponen BN dilihat lebih konsisten dan berkesan berbanding dengan kerjasama dalam komponen pakatan pembangkang, terutamanya apabila menganalisis situasi politik Perak dan Selangor.

Semasa Perak diterajui oleh pakatan pembangkang, kedudukan PAS bak melukut di tepi gantang walaupun Datuk Seri Mohamad Nizar itu adalah wakil rakyat PAS. Nizar seakan terpaksa melutut atau memenuhi setiap tuntutan yang dibuat oleh wakil rakyat DAP sehingga sanggup meluluskan sejumlah tanah kepada komuniti Cina, meminda syarat pembangunan kawasan kediaman dan penjualan hartanah dan sebagainya. Orang Melayu melihat perubahan ini amat merugikan mereka kerana pembangunan perumahan lebih memfokuskan kepada perumahan mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.

Di Pulau Pinang juga berlaku keadaan yang sama apabila pembinaan rumah mewah di pinggir laut yang bakal menjadi pintu keluar dari Pulau Pinang di South Bay, Batu Maung. Bentuk rumah mewah yang mahal menyebabkan orang Melayu bukan sahaja menggigit jari, tetapi terus berhijrah sama ada ke Sungai Petani atau pun Kulim. Pembangunan pesat kawasan industri di Kulim dan penutupan serta pengecilan operasi beberapa kilang di Pulau Pinang (Bayan Lepas dan Prai) menyebabkan lebih ramai tidak mempunyai pekerjaan dan diberhentikan (sama ada melalui penamatan secara sukarela ataupun berselindung di sebalik pekerja asing).




Sehingga kini, walaupun sudah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri 1, Dr. Mansor Othman masih tidak kedengaran suara dan langkah-langkah strategiknya untuk membantu masyarakat Melayu Pulau Pinang. Walaupun Selangor memberikan tempat kepada wakil rakyat PAS dalam kepimpinan negeri, Datuk Hassan Ali hanyalah sekadar bayangan kerjasama. Beberapa kali dilihat masih menggunakan mimbar masjid membaca Khutbah Jumaat sehingga ada orang memikirkan apakah itu kerjanya seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dr. Hassan Ali juga tidak menampakkan satu perancangan yang konkrit untuk memperkasakan kedudukan Islam di Selangor, sebaliknya semacam merestui kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melonggarkan beberapa terma kepada bukan Melayu. Tan Sri Khalid pernah berkontroversi mencadangkan supaya bukan Bumiputera diberikan tempat di UiTM. Meskipun isu ini menerima bantahan dan sanggahan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, ia tetap menampakkan sikap sebenar beliau terhadap nasib orang Melayu, terutamanya di Selangor.

Mungkin isu tanah Pejabat Daerah Petaling Jaya masih lagi tersimpan kemas, mungkin suatu hari akan meledakkan cemuhan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor itu sebagaimana meledaknya isu perlantikan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) beberapa bulan lalu. Tanah itu diberitakan ditukarkan dengan membangunkan Kompleks Kerajaan di Paya Jaras, Sungai Buloh.




Kompleks tersebut sudah pun siap, tetapi yang menjadi persoalannya nilai tanah dan bangunan itu tidak setimpal. Harga tanah di Subang Jaya dan harga projek kompleks kerajaan di Paya Jaras tidak seimbang, lebih rendah dua kali ganda . Jika benar dakwaan tersebut, perjuangan parti-parti yang memerintah Selangor juga tidak menepati dengan manifesto mereka sepanjang kempen PRU ke-12 lalu.

Mungkin kerana pertimbangan-pertimbangan politik itu Haji Hadi mulai sedar, semakin lama berjuang dalam pakatan PKR-DAP-PAS itu akan menyebabkan keyakinan penyokong tegar mereka akan terhakis. Ahli-ahli PAS, terutamanya golongan muda tidak dapat melihat PAS sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan nasib dan kedudukan mereka, hanya mencaturkan adu-domba rakyat bagi mendapatkan kuasa agar terus di panggil Yang Berhormat.

Kalau benar Nik Aziz memperjuangkan Islam atas dasar perpaduan dan penyatuan Islam, maka tidak ada sebab untuk menolak kerajaan perpaduan. Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN telah membuka ruang untuk berbincang, sudah menandakan bahawa terdapat kesediaan untuk berunding dan berkongsi kuasa. BN bersedia mengorbankan sebahagian daripada apa yang dimilikinya demi untuk kepentingan bangsa, agama dan negara. Nik Aziz perlulah ikhlas, janganlah mengharapkan orang lain sahaja menunjukkan keikhlasannya, sedangkan diri sendiri masih membawa dendam kesumat.

Wednesday, April 1, 2009

15:3:2 - NOMBOR REBUTAN PENJUDI TEGAR

DUN Bukit Selambau 15 orang calon, Parlimen Bukit Gantang 3 orang calon dan DUN Batang Air (Sarawak) dua orang calon, bila disebariskan akan menjadi 1532, satu nombor rebutan bagi penjudi tegar. Saya fikir mungkin akan menjadi nombor bestseller bagi cabutan hari selasa.

Tiba-tiba pagi Isnin ini saya terfikir demikian kerana semalam telah selesai hari penamaan calon bagi ketiga-ketiga kawasan yang menghadapi pilihan raya kecil serentak 7 April nanti. Terfikir juga jika, 1532 menjadi rebutan mungkin juga nombor yang disatukan dengan tarikh pengundian, 7409 turut menjadi rebutan. Atau juga gabungan 070409 dipecahkan menjadi 0704, atau 0409.

Di bawah pokok pisang sementara menunggu pekerja mengira pokok-pokok pisang yang perlu ditebang dalam sehari dua ini, saya mula berfikir akan kayalah penjudi tegar tatkala menghadapi pilihan raya kecil. Penjudi tegar akan terus mencari formula untuk melakukannya sehingga pantang bertemu angka akan dimanipulasikannya.
Setiap kali diadakan pilihan raya, bukan saja penjudi akan membuat congakan dan formula siapa yang akan menang merebut kerusi tersebut, malah pengendali judi haram turut membuat keputusan. Ini berlaku jika kawasan pertandingan itu merupakan kawasan rebutan sengit, dan peratusan pengundinya pelbagai kaum.

Antara tiga kawasan yang terbabit, DUN Bukit Selambau dijangka mendapat tarikan besar para penjudi tegar. Saya berfikir demikian, bukan sahaja pertaruhan antara BN dan PKR, malah penjudi turut membuat perkiran untuk bertaruh berapa ramai calon Bebas yang akan hilang deposit.
BN dan PKR dijangka tidak akan kehilangan deposit, bebas mungkin dua atau tiga calon, selebihnya akan kecundang akhirnya kerana tidak mempunyai keupayaan dan kemasukan mereka hanyalah atas desakan nafsu atau emosi semata-mata. Bagi calon Bebas berketurunan Cina mungkin dia mempunyai pertimbangan kuat untuk meraih sokongan daripada pengundi Cina yang berjumlah 7,376 pengundi.

Lapan orang calon berketerunan India (6 Bebas, 1BN dan 1 PKR) untuk meraih sokongan sejumlah 9,873 pengundi. Bayangkan jika dibahagikan sama rata dengan lapan, jumlahnya adalah 1234. Purata itumenjadi satu lagi angka yang bagus, yang mungkin turut menjadi rebutan penjudi tegar. 6 orang calon Melayu untuk meraih sokongan 17,614 dan secara puratanya mendapat 2935. Jadi secara mudahnya angka-angka yang akan menjadi rebutan sepanjang tempoh pilihan raya kecil kali ini ialah 1532, 0704,0407,0409,7409,1234,7376 dan 2935.

Dengan mengambil kira kecederungan pengundi keluar mengundi di DUN Bukit Selambau sekitar 70 peratus, kerana hari mengundi merupakan hari bekerja dan ramai pengundi merupakan pekerja industri atau kilang (terutamanya di sekitar taman-taman perumahan yang jumlahnya melebihi 12,000 orang), maka yang dijangka keluar ialah sekitar 24,600 orang. Mungkinkah ini akan menambahkan satu lagi nombor rebutan oleh penjudi tegar, iaitu 2570 (no DUN Bukit Selambau ialah N 25 manakala 70 ialah anggaran 70 peratus pengundi keluar mengundi).

Dari segi kempen nampaknya lebih panas di Bukit Gantang, kerana ia merupakan usaha PAS untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU ke-12 lalu, manakala Bukit Selambau lebih menampaknya kecelaruan parti-parti politik terutamanya pakatan pembangkang. Sebahagian besar calon bebas adalah daripada mereka yang kecewa dengan pucuk pimpinan PKR yang tidak mengendahkan kehendak pengundi tempatan.
PKR mahukan calonnya adalah anak tempatan, tetapi de facto PKR membuat keputusan mencalonkan seorang peniaga kereta sebagai calon. Peniaga tersebut bukanlah anak tempatan, tetapi cerita berkisar sekitar kerana budi badan tergadai, pucuk PKR merestuinya.

Calon tersebut banyak menabur budi memberikan kemudahan termasuk kereta kepada pemimpin PKR tempatan mungkin sebagai lobi untuk jadi calon atau sebagainya. Itu cerita yang minda petani dapat daripada kawan-kawaan dari Sungai Petani. Maklumlah kami kan asalnya keluarga petani, cuma mereka ada sungainya, saya hanyalah ada mindanya sahaja.

Walau apapun alasannya, saya anggap calon Melayu yang akan mendapat perhatian ialah Mejar (B) Anuar yang bertanding atas tiket bebas menggunakan simbol telefon. Ini kerana Mejar (B) Anuar mempunyai hubungan yang kuat dengan ahli UMNO, kerana pernah bergelumang sekian lama dengan pertubuhan tersebut. Cuma selepas PRU ke-12 ikut keluar parti kerana mengikut jejak langkah sifunya, Tun Dr. Mahathir. Beliau amat setia dengan Tun Dr. Mahathir.
Saya yang berada di kebun pisang turut menerima sms yang diforwardkan oleh kawan-kawan, pertama mengatakan Mejar (B) Anuar Abd. Hamid akan menarik diri dan kembali menyertai UMNO apabila Tun Dr. Mahathir berbuat demikian. Tun kelihatan hadir dalam majlis terakhir perhimpunan UMNO baru-baru ini dan menyatakan bersedia untuk kembali ke pangkuan UMNO.

Pagi tadi saya menerima satu lagi isms menyatakan bahawa “Berita mengatakan saya menarik diri adalah palsu dan tidak benar. Sebagai seorang pegawai askar Melayu di Raja mengaku kalah sebelum peperangan dan meninggalkan medan perang tiada dalam diri saya. Tujuan saya bertanding ialah untuk 1) mempertahankan Perlembagaan Malaysia 2) mempertahankan agama dan hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang jelas terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Matlamat saya ialah mengembalikan DUN Bukit Selambau kepada wakil rakyat Melayu. Salam Hormat Major Haji Anuar Abdul Hamid (Bersara)- Calon Bebas Simbol Telefon No.14.”

Besarnya harapan menggunungnya impian, apakah benar Mejar (B) Anuar mampu mempertahankan Perlembagaan Malaysia melalui kemenangannya sebagai calon bebas. Bebas jika menang pun tidak mampu melakukan apa-apa pun kerana tidak mempunyai kuasa, kecualilah kemenangannya nanti beliau sanggup beergabung dengan PKR atau BN. Jika denganPKR, beliau mungkin boleh menjadi barisan kepimpinan kerajaan negeri. Tetapi BN tetap pembangkang di negeri Kedah. Kemenangannya tidak mampu mengubah lanskap politik negeri Kedah apatah lagi mempertahankan Perlembagaan Malaysia.
BN telah lama mempertahankan Perlembagaan Malaysia. Malah BN lah telah meletakkan Perlembagaan Malaysia sebagai tunggak utama dasar pertadbiran Negara, bukannya Bebas atau PKR ataupun PAS. PKR telah mencabar Perlembagaan dengan pelbagai cara dan rentak, termasuk mempersendakan kuasa budi bicara Paduka Sultan Perak. Memutar belitkan fakta keesahan kerajaan BN kerana kehilangan kuasa memerintah di negeri Perak oleh kerana tidak memahami fakta “sokongan majoriti” dan “memohon sembah derhaka.”

Minda Petani terasa amat berbelit sekali perjuangan sebahagian besar calon-calon bebas di DUN Bukit Selambau. Minda Petani merasakan perjuangan mereka tidak ubah perjuangan baalas dendam kerana tidak mendapat tempat dalam parti siasah yang pernah didokonginya. Ingatlah selagi kita hidup, kita bermasyarakat.
Melalui kemasyarakatan itulah kita bermuafakat dan berpersatuan. Melalui persatuan kita melantik pemimpin, dan kita mestilah menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh pemimpin, kerana pemimpin itu adalah nakhoda dan bukannya seperti pendapat Mursyidul Am PAS. Dia merupakan nakhoda, tetapi yang jelas Presiden PAS telah membuat keputusan memilih Datuk Seri Nizar. Kerana itu akhirnya dia akur dan mengakui pendapatnya adalah kerana Nizar calon yang sesuai.


Saya teringat kepada cerita kecil dari dunia perguruan. Setiap tahun ramai calon guru memohon supaya ditempatkan di kampong masing-masing. Ada pelbagai alasan, termasuk emaknya yang sudah tua. Maka saya pun berfikir, apakah jika dia kembali bertugas di kampong halamannya, maka emaknya yang sudah tua itu akan diperhatikan sepanjang masa?Yang aneh lagi, bila mendapat tawaran belajar di luar negara, masing-masing pergi tanpa banyak alasan.

Tetapi bila tamat, ditempatkan di kawasan luar Bandar, mula membuat alasan, jauh daripada keluarga dan sebagainya. Semasa di luar Negara, tidak pernah membuat alasan jauh daripada keluarga. Alasan tetap alasan, kerana itulah namanya manusia. Selagi kehendaknya tidak terbatas tidak dipenuhi selagi itulah dia akan mencari jalan mewajarkan tindakannya.

Friday, March 6, 2009

LUPA DIRI, ANARKI DAN MONOLOG DI KEBUN PISANG

Lama juga minda petani tidak menulis. Bukan kerana sibuk dengan hasil-hasil kebun, tetapi kerana memikirkan beberapa perlakuan meluat sesetengah ahli politik. Ada yang bertempik ke sana, ada pula yang bertempik ke sini kononnya tindakan dialah yang paling betul.

Di tengah asyik berkeriau sana sini, Minda Petani masih teringat dengan beberapa perkembangan melampau politik negara setelah Paduk Sultan Perak tidak lagi memperkenankan pentadbiran Kerajaan Campuran Parti-parti Pembangkang yang memerintah Perak. Minda Petani teringat bagaimana cerita-cerita klasik yang dibina dan diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi berhubung dengan sistem berkerajaan.

Sistem berkerajaan Melayu diasaskan berdasarkan konsep Raja. Maka sistem beraja yang mula diperkenalkan sekian lama menjadi komponen penting walaupun dalam masa Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Belanda, Siam dan Inggeris. Fungsi Raja tidak diketepikan kerana hubung kait dan keakraban orang Melayu dengan raja tidak dapat dipisahkan. Jika dicuba, akan memberontaklah orang Melayu.

Sebelum Melaka diasaskan oleh Parameswara, kerajaan-kerajaan tua telah pun mengamalkan sistem beraja. Kerajaan Kedah tua, yang dianggarkan berlangsung pada kurun ke-5 mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Melalui Hikayat Merong Mahawangsa, kita dipaparkan bagaimana rapatnya rakyat dengan raja. Raja menentukan setiap aspek kehidupan, termasuk pentadbiran negara dan sebagainya.

Setelah Melaka di buka oleh Parameswara, kita digambarkan bagaimana pengembaraan beliau dari Palembang sampai ke Melaka pada tahun 1403. Sesampainya di Melaka, Parameswara dikhabarkan berteduh di bawah sepohon kayu yang rending, dan dari situlah satu persetujuan dibuat bagi menamakan negeri Melaka. Itu ketika Melaka masih belum lagi mempunyai sistem pentadbiran yang lengkap.

Setelah berusaha membangunkan Melaka, Parameswara telah meletakkan asas yang kuat sebagai cirri-ciri sebuah kerajaan moden. Antaranya ialah kedaulatan, sistem bekerajaan, pentadbiran, undang-undang, lambing, rakyat dan kewilayahan. Bagi mementukan suasana aman dan teratur, Undang-undang Laut Melaka menjadi teras kegiatan hilir mudek dan berdagang di pelabuhan entrepot ketika itu.

Kedudukan Melaka ketika itu semakin maju apabila setiap orang yang berdagang dan menginap di situ memahami dan mematuhi peraturan-peraturan yang ada. Urus tadbir berjalan lancar dan Melaka muncul sebagai wilayah utama kedaulatan Melayu sehinggalah berjaya ditumbangkan oleh Portugis pada tahun 1511. Namun apa yang penting kepada kita ialah bagaimana kedaulatan, kuasa raja dan sistem pentadbiran diamalkan sehingga berjaya mencirikan pentadbiran Tanah Melayu hingga kini.

Kita mungkin teringat mengenai cerita-ceita mengenai kuasa mutlak raja pada zaman dahulu kala, tetapi ianya tidak lagi berlaku pada zaman moden. Apabila ada pihak menyamakan usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir melakukan pindaan Perlembagaan pada tahun 1994, beliau bukanlah mencabar kuasa raja. Tun dr. Mahathir membuat pindaaan bagi meletakkan raja dalam kedudukan yang tertinggi, iaitu dengan mengurangkan kuasa imuniti Raja-raja Melayu ke atas beberapa perilaku negatif.
Namun, apabila berlaku krisis perlantikan Menteri Besar di Perak, ia berlaku dalam konteks yang berlainan. Rakyat telah diajak untuk menderhaka raja melalui sembah derhaka yang dibawa oleh Dtuk Seri Nizar Jamaludin. Minda Petani menjadi semakin kacau. kerana sebelum “titah meletakkan jawatan”, Datuk Seri Nizar membuat perakuan akan memathu “apa saja keputusan Paduka Sultan Perak.”

Manusia dianggap mulia dan terpuji apabila mematuhi janjinya. Itulah pepatah Melayu mengajarkan kita, kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Ini tidak melanggar etika bermasyarakat sejak sekian lama dan amat ditunut oleh Islam. Islam mengajar kita supaya mematuhi janji, dan kerana itulah dalam iktikad kita, kita selalu memperbaharui iltizam bahawa Sesungguhnya Celakalah Bagi Orang-orang Yang Suka Berbohong.

Teringat pada sebuah dialog yang terkandung dalam Sejarah Melayu. Dailog tersebut adalah antara Deman Lebar Daun yang mewakili rakyat kebanyakan dengan Sri Tri Buana, Raja yang memerintah Bukit Seguntang Mahamiru. Sri Tri Buana bertitah” Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan derhala anak cucu hamba. Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”

Balas Demang Lebar Daun “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia, (maka) anak cucu hamba pun mengubahkan dia.”
Perjanjian ini merupakan lafaz kesetiaan rakyat terhadap raja selagi pihak raja menjaga kepentingan rakyat. Jadi, apabila paduka Sultan Perak mengambil kira sokongan rakyat melalui perwakilan ADUN berpihak kepada BN, bukan bermakna “menidakkan sokongan rakyat.”

Paduka Sultan Perak sudah memikirkan semasak-masaknya, dan keputusannya tidak memperkenankan “pembubaran DUN Perak” sebagai tepat berdasarkan kuasa budi bicara yang diperuntukkan. Kalau mungkin Paduka Sultan Perak memperkenankan “pembubaran DUN”, adakah ia tepat untuk mengembalikan kepada rakyat bagi menentukan siapa Menteri Besar selepas Datuk seri Nizar?

Jawabnya mungkin tidak. Sistem yang diterima dan digunapakai tidak memlih Menteri Besar atau Ketua Menteri. Rakyat hanya memilih wakil rakyat, yang akan mentadbir sesebuah kerajaan. Daripada persetujuan wakil rakyat daripada parti yang memenangi mojriti itulah yang akan dilantik sebagai Menteri Besar. Jadi dalam hal politik Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar bukanlah merupakan wakil rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti parti yang diwakilinya.

Datuk Seri Nizar mewakili parti PAS, yang hanya memenangi dua kerusi dalam DUN Perak. Jadi, dari segi parti Nizar bukanlah pembawa bendera kuasa majority PAS di Perak. Pada ketika itu, parti yang menguasai DUN ialah UMNO dan DAP. UMNO menang 17 kerusi dan DAP 17 kerusi. Nizar hanyalah menumpang DAP dan mendapat jawatan Menteri Besar kerana Undang-undang Tubuh Perak meletakkan syarat seseorang yang boleh menjadi Menteri Besar ialah beketurunan Melayu dan beragama Islam. Mahu tak mahu kumpulan partii-parti pembangkang terpaksa mengadakan pakatan sebagai kerajaan campuran.

Apabila dilantik, Nizar seakan-akan lupa bahawa kekuatannya adalah kekuatan DAP. Dan, kerana itulah apabila berlakunya krisis, pemimpin DAP paling lantang. Penyokong PAS hanyalah berarak dan cuba menghalang kenderaan di raja. Suara pemimpin PAS kurang lantang, kecuali komen-komen biasa berpusing mengenai demokrasi. Pemimpin PAS sedar partinya tidak berpengaruh di Perak, yang ada hanyalah semangat.

PAS hanya menyifatkan tindakan “melucutkan jawatan Menteri Besar” sebagai “tdak adil”. Hanya Karpal Singh berusaha untuk menyaman Paduka Sultan Perak, tetapi hingga masih belum dibuat. Nizar hanya mampu menyaman kerajaan baru pimpinan BN. Kenapa, kerana PAS faham jika ia menyaman kuasa Paduka Sultan Perak, ia bakal memudaratkan pengaruh PAS. Karpal Singh juga tidak mampu, kerana itu tidak menyaman.

PKR juga berselindung. Tidak terang-terangan mengeluarkan kenyataan. Yang ada hanyalah menggunakan Nizar sebagai ayam laga untuk memulakan saman. Tetapi, nampaknya Sivakumar terus melakukan kesilapan, apabila tidak mengendahkan keputusan undang-undang tidak membernarkannya meneruskan siding tergempar di bawah pokok. Kalau zaman Parameswara pertama kali sampai ke Melaka dan beremsyuarat untuk memberikan nama kepada negeri tersebut, ramai rakyat faham. Ketika itu masih belum terbentuk sistem pentadbiran moden, dan undang-undang masih belum jelas.

Nampaknya, Sivakumar cuba mentafsirkan undang-undang berdasarkan kefahaman dan faedah dirinya sendiri. Peruntukan undang-undang yang tidak bersesuaian dengan diri dan motif politiknya, diketepikan. Sivakumar bermain dengan perasaannya sendiri. Nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapak. Biarlah, alang-alang celup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Imejnya akan menjadi semakin busuk kerana air dalam tempayan pekasam sudah lama dilarutkan dengan garam.

Sivakumar sudah melakukan kesilapan apabila bergas akan mengadakan Sidang Tergempar walaupun tidak mendapat perkenan Paduka Sultan, menggantung Menteri Besar dan enam exco baru pimpinan Datuk Dr. Zanbry, memecat setiausaha Dewan, dan entah apa lagi akan dilakukan kita semakin meluat menonton gelagatnya. Akhirnya mungkinkan Sivakumar aka terjun dengan labu-labunya. Wallahuaklam. Saya terus berfikir sendirian di kebun pisang.-minda petani

Friday, October 17, 2008

MENJUNJUNG KASIH , BERSEMADILAH KEKUSUTAN




Entah kenapa pagi Jumaat (20 Okt. 2008) saya dapat menarik nafas lega. Lega selega-leganya sehingga tidak dapat saya bayangkan dengan apa pun sandarannya.

Saya begitu bersemangat sekali, sehingga lupa untuk membawa bersama telefon bimbit sebelum keluar rumah. Seperti biasa, sebelum berjalan menuju ke stesen komuter, saya akan meninjau-ninjau sekitar halaman rumah. Memerhatikan pokok bunga, persekitaran taman dan anak-anak di jalanan menunggu bas sekolah tiba.

Disebabkan akhbar sudahpun dicampakkan sejak jam 6 pagi, saya telah membacanya seimbas lalu berita-berita penting. Tetapi yang lebih memberikan saya kelegaan ialah peringatan yang dikeluarkan oleh Raja-raja Melayu agar tidak lagi mempersoalkan kontrak sosial dan mencabar persetujuan yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Saya yang lahir, membesar, bersekolah dan ingin mati di Malaysia ini terasa amat berbahagia sekali. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia, tetapi kadangkala terkilan apabila ada yang membenci negara sendiri. Mengutuk dan mencaci setiap inci yang ada sehingga terlupa bahawa negara inilah telah memberikan mereka rezeki dan kehidupan yang dinikmati itu.

Saya sangat sayangkan negara ini kerana itulah tidak berminat untuk berhijrah. Meskipun ada kawan-kawan telah berhijrah kerana menganggap kehidupan mereka di negara sendiri tidak ubah seperti berada dalam kandang harimau sarkas.

Tiga hari lalu saya menerima berita, rakan sekelas semasa sama-sama belajar di universiti, pernah bertelagah mengenai sistem politik bersandarkan demokrasi berparlimen, sistem politik naungan dan sebagainya mengirimkan e-mail.

Sejak kami mula meninggalkan universiti lebih 25 tahun lalu, seingat saya inilah kali kedua ,beliau mengirimkan berita. Kali pertama ialah ketika beliau mula berhijrah, pada mulanya berhasrat menyambungkan pendidikan sarjana di United Kingdom pada tahun 1985.

Alasan sebenar ialah kerana takut melihat kepada keadaan politik dalam negara. Orang-orang Melayu mula mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu apabila pemimpin politik mendedahkan keburukan dan kuasa imuniti.

Krisis Perlembagaan menjadi memuncak apabila terdapat sekeping nota yang ditulis oleh Prebet Adam. Beliau mula memberontak bagi membela seseorang dengan membuat kecuh di sekitar Kanpong Baru.

Tun Dr. Mahathir membawa usul untuk meminda perkenaan Yang di Pertuan Agong mengenai sesuatu pindaan undang-undang. Jika dalam tempoh tertentu, sesuatu pindaan yang diluluskan tidak mendapat perkenaan (tandatangan), ia akan dianggap telah diperstujui dan boleh dikuatkuasakan.

Banyak pihak menganggap ia satu perubahan tetapi segelintir mula mempersoalkan kewajarannya. Kedudukan Tun Dr. Mahathir sedikit terancam, namun atas hubungan rapat beberapa orang veteran UMNO ia dapat ditenteramkan. Bagi meyakinkan rakyat, Menteri Penerangan ketika itu, Adib Adam membongkar cerita yang terdapat dalam Sejarah Melayu.

Malam tadi aku begitu teliti kandungan e-mail, rakan itu mula menilai bahawa Malaysia adalah destinasi pilihannya dan berhajat untuk kembali bersama-sama keluarga. Mungkin anak-anak tidak ikut sama, tapi yang pasti ialah isterinya yang berketurunan Jepun. Dia mula member penghargaan kepada negara sendiri.

Saya berfikir mungkin kerana usianya sudah menyamai usia Malaysia, maka penilaian baru itu adalah satu penilaian yang matang. Mungkin kerana sekian lama berkelana mula terasa rimas dan lemas dengan suasana di tempat yang dianggap bebas tetapi sebenarnya penuh prasangka dan helah.

Selesai menjawab, saya berada di depan TV. Saya seolah-olah terkedu apabila mendengar berita memetik kenyataan akhbar khas Majlis Raja-raja Melayu meminta semua rakyat tidak lagi mempersoalkan kontrak sosial. Saya memberikan reaksi spontan, kenyatan tersebut amatlah mustahak kerana akhir-akhir ini terlalu banyak pihak menghangatkan kembali isu perkauman ekoran pesona politik semakin pudar.

HINDRAF dengan jelasnya merupakan pertubuhan haram, namun tidak bermakna perjuangan yang dirintis akan terus berkubur walaupun Sammy Vellu menegaskan hanya MIC mampu memperjuangkan nasib kaum India. Namun tidak kedengaran daripada Gerakan, MCA bahawa parti-parti merekalah yang merupakan saluran terbaik memperjuangkan orang Cina.

Banyak pihak melihat, baik MCA, Gerakan ataupun DAP perjuangan mereka adalah untuk kepentingan kaum Cina. Meskipun Gerakan menegaskan ia adalah parti pelbagai kaum, kepimpin tertinggi menjadi monopoli kaum Cina apatah lagi MCA yang sememangnya 100 % adalah Cina. DAP dilihat lebih terbuka, tetapi banyak perjuangan mereka adalah untuk kepentingan bukan Melayu (terutamanya Cina dan India yang tidak menyokong MIC).

Peringatan Majlis Raja-raja itu dianggap tepat pada masanya apabila dikeluarkan sebagai amaran untuk membangkitkan lagi soal-soal yang boleh menyentuh hubungan kaum. Ini kerana paling panas lagi ialah pandangan Ketua Pergerakan Wanita Gerakan yang melontarkan orang Melayu sebagai pendatang Sumatera. Ramai pihak tersinggung tetapi tidaklah meledak sebagaimana Gerakan tersinggung apabila bekas ketua UMNO Bukit Bendera memberikan pendapat berasaskan fakta sejarah, orang Cina adalah pendatang.

Kemarahan Gerakan menyebabkan pemimpin tertinggi UMNO memohon maaf tetapi keceluparan Ketua Wanita Gerakan tidak sedikit pun menunjukkan rasa bersalah. Presiden Gerakan terus membuat kenyataan “no intention to insult the Malays. “ dan sekali lagi menyalahkan laporan akhbar.

Semasa PR Kecil Pematang Pauh, Ketua Wanita Gerakan juga menyalahkan kahbar tersilap membuat laporan. Apabila Datuk Ahmad Ismail mempertikaikan laporan Sin Chew, tidak pula Gerakan mengambil tindakan pembetulan seperti mana dilakukan terhadap kenyataan mengenai orang Melayu.

Ironinya kita, tidak kedengaran pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang berusaha mendapatak kouta pencalonan mengeluarkan kenyataan balas. Nampaknya orang Melayu, terutamanya di kalangan pemimpin politik kurang terkesan dengan kenyataan tersebut berbanding dengan perebutan jawatan.

Ingatan Majlis Raja-raja seharusnya menjadi julap bagi semua rakyat Malaysia supaya tidak lagi mempersoalkan kontrak sosial, apalagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.

Setiap sesuatu yang kita miliki tentunya diperoleh melalui pengorbanan dan kepayahan para pemimpin kita terdahulu. Kita seharusnya mengingati kembali bagaimana sukarnya untuk hidup pada suatu ketika dahulu, bukan sahaja ditakuti oleh hantu jelmaan malah bergerak ke sesuatu tempat terasa perit sekali.

Orang Melayu takut memasuki perkampungan Cina tetapi orang Cina tidak pernah takut tinggal bersama-sama masyarakat Melayu. Keramahtamahan orang Melayu akhirnya dipersoalkan sehingga menyebabkan sebahagian daripada orang Melayu amat membenci kaum-kaum lain.

Peristiwa 13 Mei telah memberikan sedikit pengajaran, pergeseran antara kaum boleh menyebabkan apa yang kita ada boleh musnah dalam masa yang singkat. Semangat kerjasama sama yang dipupuk semasa merundingkan kemerdekaan menjadi longgar dan tercabar selepas DAP dan Gerakan meraikan kemenangan pilihanraya 1969 dengan ghairahnya. Mujurlah kemenangan besar pembangkang dalam pilihan raya lalu tidak mengulangi sejarah 40 tahun lalu.

Meskipun tidak berlaku pertumpahan darah, bibit-bibit kebencian terhadap pilihan majoriti mula mengasak panjang sehingga sekarang masih belum selesai. Dalam tempoh reda ini, suara-suara sumbang masih kedengaran sehingga ada pihak mengalihkan pandangan kepada perkara lain.

Kegagalan membentuk kerajaan baru oleh pembangkang, pembongkaran pembohongan misi memburu ahli parlimen BN, sandiwara lapok menolak bajet 2009 tetapi berbahas sehingga lebih 5 jam, pencerobohan Hindraf dalam majlis terbuka aidilfitri dan pemilihan pucuk pimpinan MCA dan UMNO menjadi rencah paling laris di rumah-rumah terbuka anjuran kenalan, sahabat handai dan sebagainya.

Ingatan Raja-raja Melayu jelas dan tegas kerana “mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakah pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlemgaan Persekutuan telah menimbulkan keguasaran dan kersesahan di kalangan rakyat. Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan mengunjurkan forum-forum berkenaan.

Sebab-sebab yang dikenalpasti sebagai puncanya ialah kedangkalan pengetahuan mengenai latar belakang sejarah maka adalah bertepatan sekali apabila Perdana Menteri mencadangkan ia diajar di sekolah-sekolah rendah. Inilah hakikatnya kerana sebahagian daripada bijak pandai kita dahulu tersilap membuat pertimbangan, melupakan mata pelajaran sejarah.

Saya teringat sewaktu di sekolah rendah dahulu kita diajarkan dengan tokoh-tokoh sejarah dalam peradaban barat. Maka kita mengenali siapakah Nepoleon Bonarparte, James Watt, Iskandar Dzulkarnain, James Stephenson, King Henry, dan Charles Wright bersaudara tetapi tidak kenal Tok Janggut, Maharajalela ataupun Dato’ Onn Jaafar.

Hanyalah apabila berada di sekolah menengah mula diperkenalkan sedikit demi sedikit, tetapi hari ini mata pelajaran sejarah sudah boleh dibuat pilihan. Tidak perlu belajar kerana tidak meminatinya dan mata pelajaran pilihan untuk peperiksaan.Inilah punca menyebabkan ada pihak menganggap ramai di antara kita “buta sejarah”.

Saya pernah menghadapi tentangan apabila berdepan dengan beberapa orang pelajar pendidikan tinggi. Mereka mempersoalkan betapa tidak wajarnya pemimpin dahulu membuat keputusan, maka untuk tidak melontarkan kesalahan kepada kesalahan kita pada masa akan datang, kini merupakan masa yang sesuai untuk kita sama-sama memperbetulkan kesilapan.

Setiap warganegara Malaysia harus bertekad, tidak lagi mempersoalkan apa yang telah dipersetujui tetapi seharusnya berganding bahu bersama menghadapi cabaran dan persaingan baru yang sedang menunggu. Kita perlu menyusun langkah menghadapi belenggu kelembapan ekonomi yang sudahpun melanda Amerika Syarikat dan Singapura mula diserang kencing tak puas.

Sindrom kambing hitam dan psikologi menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahan sendiri perlu disingkirkan. Mula perspektif baru yang lebih segar dengan mengambilkira perimbangan sejarah, pengajaran silam untuk memulakan langkah dan bukannya meluaskan siri pembohongan dan propaganda murah.

Barangkali kita mungkin boleh merungkaikan jawapan yang tepat jika kita sama-sama menumpukan perhatian, tenaga dan fikiran menyelesaikan kekusutan yang membelenggu pemikiran kita. Kita jangan terjeremus, kerana sesekali kita terjerumus, kesakitannya adalah perit sekali. Jangan berlagak bagaikan Pak Kaduk kehilangan ayam sabungnya, menang sorak kampong tergadai.

Ingatlah, jika kita sayangkan negara, menghormati Perlembagaan dan cintakan keaman, seharusnya menjunjung kasih di atas kepekaan dan keperihatinan Raja-raja Melayu mengingatkan kita. Kemusnahan boleh berlaku dalam sekelip mata, tetapi proses penyumbuhannya bertahun lamanya. Semadikanlah kekusutan itu, biar menjadi nisan sejarah yang boleh diambil ikhtibar oleh seluruh warganegara yang cinta dan sayangkan negara bertuah ini.



MAHATHIRISM – BUKAN MUDAH MELUPAKANNYA.

Semangat aidilfitri masih terasa dan masih ramai lagi menganjurkan rumah terbuka. Walaupun sudah lebih dua minggu kita merayakannya, hujung minggu menjadi pilihan ramai untuk menganjurkannya.

Tahun ini rumah terbuka menjadi lebih meriah berbanding hidangan ketupat, lemang dan sate. Oleh kerana tiga parti komponen BN sibuk mengadakan mesyuarat dan pemilihan, topic perbualan banyak berkisar mengenai politik. Minggu lepas kita dihangatkan dengan kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Gerakan yang menganggap orang Melayu sebagai pendatang dari Sumatera.

Meskipun Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menafika bahawa Datuk Tan Lian Hoe tidak menyentuh perkara itu, sebahagian besar orang Melayu mempersoalkan keculaparannya itu. Orang Melayu mempersoalkan kenapa apabila pemimpin Melayu mengungkapkan tentang asal-usul orang Cina, pemimpin atasan UMNO memohon maaf dan mengambil tindakan terhadap Datuk Ahmad Ismail.

Tetapi, apabila Datuk Tan Lian Hoe membuat kenyataan tidak ada seorang pun pemimpin Gerakan cuba memohon maaf. Sebaliknya, Presdien yang menang tanpa bertanding mempertahankan tindakan itu dengan memberikan alasan, Datuk Tan tidak pun menyentuhnya. Oleh kerana itu tindakan tidak perlu diambil.

Kita mendapat khabar gembira, sekurang-kurangnya ruang berfikir kita tidaklah menjadi sesak apabila Tun Dr. Mahathir menafikan penglibatannya sehingga menyebabkan Datuk Seri Najib dipilih sebagai Perdana Menteri pada bulan Mac 2009.

Sebelum ini terdengar khabar bahawa Tun Dr. Mahathir terlibat dalam memprojekkan pemilihan Najib dan Muhyidin sebagai menduduki dua jawatan penting dalam UMNO. Banyak pihak menganggap kedua pemimpin ini akan meneruskan apa yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir dan apabila memimpin negara akan mendengar nasihat beliau.
Konsep Mahathirism mula kedengaran kembali apabila Datuk Zaid Ibrahim membayangkan kemenangan bakal berpihak kepada Datuk seri Najib dan Tan Sri Muhyudin dalam
pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada bulan Mac nanti. Bayangan itu dinyatakan sebaik sahaja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan tarikh peralihan kuasa yang baru dan tidak berhasrat mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Konsep Mahathirism mula diperkenalkan secara akademiknya oleh Khoo Boon Teik .
Boon Teik menulis sebuah buku yang membincangkan proses politik dan pentadbiran Tun Dr. Mahathir sebagai Mahathirism pada tahun 1995. Buku the paradox of Mahathirism telah mengalami beberapa kali cetakan ulangan dan menjadi rujukan penting pengkaji politik Malaysia.

Diselang seli dengan rendang ayam dan lemang, fikiran saya kembali mengingati sedikit sebanyak perbincangan dalam buku tersebut dan membayangkan apakah mahathirism itu merupakan sesuatu perlu kita elakkan. Apakah kita berhasrat untuk menolak apa sahaja yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir semasa pentadbirannya sehingga ia menjadi sesuatu yang mual dan jijik?

Bagi saya, tidak merupakan sesuatu yang salah jika kebaikan dan keampuhan dasar yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir mahu diteruskan oleh Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyudin. Ini kerana dalam suasana kedinamikan hidup dan mengisi kemerdekaan negara, kita kadangkala cuba mendapatkan pandangan dan idea daripada orang lain.

Semasa pentadbirannya, Tun Dr. Mahathir memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur bagi meniupkan semangat kerja orang-orang Jepun dan Korea membangunkan negara mereka. Walaupun dasar tersebut ada kelemahannya, sekurang-kurangnya semangat kerja bersungguh-sungguh, setia kepada organisasi dan mementingkan kualiti telah berjaya menjadikan Malaysia maju. Malah, negara-negara yang pernah berkata sinis sebagai pro-Jepun dan anti-Barat, mula mengintai peluang dan meniru resepi kejayaan Malaysia.

Ketika Amerika Syarikat semakin gawat sektor perbankannya, George W. Bush berhempas pulas memikirkan kaedah mengatasi kelembaban ekonomi, Paul Hansen mengemukakan pelan pemulihan sebanyak USD 700 billion untuk ‘membeli” institusi kewangan yang bermasalah.
Menyusul kemudiannya ialah Britain, Jerman, Jepun dan beberapa buah negara mambangun yang lain. Kumpulan negara-negara G7 mula gusar dengan kesan krisis kewangan yang dihadapi oleh Amerika Syarikat disebabkan oleh krisis subprimanya tahun lalu.
Amerika Syarikat yang pernah menyelar tindakan Malaysia (ketika Tun Dr. Mahathir) menangani krisis kewangan pada tahun 1998. Antara yang dipertikaikan ialah menambatkan mata wang ringgit, menarik balik nilai matawang bernilai RM 500 dan RM 1000 dalam pasaran, menurunkan kadar faedah, membelanjakan wang negara untuk meransang pertumbuhan ekonomi, memberikan bonus kepada kakitangan awam dan mengambilalih beberapa projek penswataan .

Langkah tersebut mula dilaksanakan oleh Amerika Syarikat dengan berusaha menyuntik wang dalam AIG, Firma Merryl and Lynch setelah Lehman diisytiharkan muflis. Hutang yang berbayar diambilalih oleh sebuah badan yang hampir menyamai Danaharta. Penubuhan badan tersebut hampir menyerupai Danaharta.
Pelan pemulihan yang lebih berbentuk memindahkan kuasa pasaran kepada kawalan kerajaan dianggap sebagai pengganas ekonomi, economic terrorism. Kini Amerika Syarikat, Britain mengamalkan istilah yang dicipta oleh mereka sendiri sebagai “government guarantee “ atau “nationalization.” Dulu dikecam, tapi kini menjadi pilihan utama untuk tidak lagi terlalu bergantung kepada kuasa pasaran.

Kuasa pasaran telah meusnahkan ekonomi Amerika Syarikat. Beberapa tahun lalu, Amerika Syarikat amat berbangga dengan kuasa pasaran untuk menentukan pertumbuhan ekonomi kerana melalui campurtangan kerajaan, ia akan menjejaskan perkembangan. Pasaran tidak perlu dikawal, dan kerana tiada kawalan itulah menyebabkan kuasa pasaran banyak bergantung kepada kedudukan spekulasi.
Bermula dengan spekulasi kekurangan bahan makanan, atas alasan perubahan iklim, peperangan, malapetaka, Amerika berselindung di sebalik keghairahannya untuk tidak bergantung kepada minyak. Sebanyak 30 peratus bijirin digunakan oleh dijadikan biofuel, menyebabkan kenaikan harga bijirin.

Amerika Syarikat mengurangkan eksport jagung dan sebaliknya menggalakkan rakyatnya menggantikan beras. Beras dibeli dengan banyaknya sehingga menyebabkan beberapa negara pengeluar mengurang dan menangguhkan eksport bagi membolehkan bekalan dalam negara mencukupi.
Minyak juga mengalami spekulasi yang besar pada awal tahun 2008. Harga terus melambung hingga mencapai tahap USD 145 setong berbanding pada akhir tahun 2007 berada dalam lingkungan USD 75 atau USD 80.
Tekanan ke atas negara-negara pengeluar supaya mengeluarkan lebih banyak, dilihat tidak banyak membantu kerana minyak terus dijadikan spekulasi dalam pasaran hadapan. Pernah dijangkakan akan meningkat ke tahap USD 200 setong, mujurlah tidak berlaku.
Jika ia berlaku tentunya Anwar Ibrahim akan menjadi bertambah galak membuat tuduhan liar dan pembohongan “mempunyai kuasa ajaib” menanganganinya. Anwar kini bermain sandiwara lagi apabila menolak Bajet 2009 tetapi membahaskannya sehingg mengambil masa hampir lima jam.

Kini mungkin ada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk menjual konsep mahathirism bagi menghakis keyakinan anggota UMNO dalam pemilihan jawatan tertinggi. Dengan melabelkan Najib dan Muhyudin sebagai “orang Mahathir”, dan apabila berkuasa akan melantik Tun Dr. Mahathir sebagai penasihat atau Menteri Mentor. Orang itu mungkin ingin meniru kaedah yang dilaksanakan oleh Singapura, melantik Lee Kuan Yew sebagai Menteri Mentor selepas melepaskan jawatan dalam kabinet.
Jawapan Dr. Mahathir meredakan keadaan dan tentunya, ada strategi lain akan digunakan bagi menjejaskan sokongan terhadap Najib dan Muhyudin. Mungkin itu merupakan strategi propaganda pembangkang ataupun pihak-pihak lain yang sedang melobi untuk mendapatkan jumlah pencalonan yang cukup. Tanpa cukup kouta, hasrat menggunung untuk bertanding akan kecundang sebelum bertempur.

Psikologi kambing hitam itu bukanlah baru dalam politik Malaysia. Ia adalah sesuatu yang lazim dan seringkali menjadi bahan perencah yang sedap untuk didengar. Mungkin kerana Tun Dr. Mahathir telah keluar dari UMNO dan ada riak-riak kecil untuk kembali, menyebabkan mereka mula merasakan kedudukannya terancam.
Berselindung di sebalik teori dan fakta, mereka merekakan teknik propaganda baru. Bila bercakap mengenai teknik propaganda, kita secara langusngnya akan membayangkan Hitler. Walaupun ramai pihak mengutuknya sebagai dictator yang kejam, tetapi teknik yang dilakukan masih ditiru. Tidakkah ini boleh kita namakan Hilterism, yang sepatutnya kita jarakkan daripada pemikiran kita di atas sifat marah dan kebencian terhadap Hitler.

Walaupun tidak semua yang diambil oleh Dr. Mahathir berjaya, namun sekurang-kurangnya keberanian beliau menangani krisis patut kita sanjung. Prinsip dan kegigihannya memulihkan ekonomi, patut kita pelajari dan perbaiki bagi menghadapi krisis ekonomi yang sedang dan bakal kita hadapi ini.

Bagaimana jika Dr. Mahathir tidak tegas untuk melaksanakan ransangan ekonomi pada tahun 1998 boleh menyingkatkan tempoh pemulihan? Apakah kerana memikirkan beberapa kesilapan kecil kita sanggup membakar kelambu?

Mungkin kerana anggapan serong itu maka sanggup melupakan gagasan Dr. Mahathir terhadap Wawasan 2020 yang sedang kita jejaki sekarang? Mengambil sesuatu pengajaran silam, menokoh tambah dan mempekemaskannya bukanlah sesuatu yang jijik dan mual.
Tidak salah jika kita terus memperbaiki konsep mahathirism menjadi neomahathirism atau apa pun kerana dalam peradaban manusia ada istilah klasik, neoklasik, moden, post modernism, dan sebagainya. Dalam ekonomi ada keynism, dalam politik ada Orwellian dan sebagainya. Ia adalah istilah yang digunakan sebagai penambahbaikan terhadap konsep awal yang dikemukakan.

Ia adalah langkah menghargai sumbangan orang lain dalam memenuhi tuntutan hidup. Jika kita menolaknya secara total dan membuat tuduhan secara terburu-buru mungkin ia akan menerima nasib yang sama seperti legenda Singapura dilanggar todak. Tidakkah kita sedar bahawa sejarah peradaban manusia mempunyai perulangan sejarah, yang berbeza ialah mauduk penyelesaiannya, selaras dengan perkembangan dan dinamika masyarakat.

Tidak mudah untuk kita melupakan Mahathirisme kerana ia adalah sebahagian daripada kejayaan kita. Ia adalah negarawan yang memberikan rentak baru politik dan pembangunan negara yang lebih pantas, cergas dan mampu menghadapi persaingan supaya tidak lagi tertinggal oleh kerana bebalisma pemikiran dan belenggu psikologi rendah diri.

Dr. Emkei Nizam
17 Oktober 2008.

Wednesday, October 8, 2008

PATUNG GERGASI ANWAR

Dr. Emkei Nizam

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada hari Ahad lalu memangnya meletihkan. Semua jalan masuk, terutamanya jalan-jalan utama baik dari pantai timur mahupun Lebuhraya Utara Selatan penuh sesak sejak tengah hari lagi.

Walaupun cuti hari raya tahun ini melengkapkan sejarah selama 6 kali hari raya tidak balik kampong, saya turut mengalami kesesakan. Sebelah paginya saya menghadiri majlis kenduri sempena perkahwinan anak rakan baik di Felda Lurah Bilut. Felda Lurah Bilut merupakan rancangan kemajuan tanah yang pertama dibuka di negara ini.

Bila sampai di Lurah Bilut, saya teringat kepada kontroversi Sekolah Wawasan yang timbul pada awal tahun 2000 dahulu. Banyak pihak, iaitu selepas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-10 mula mempersoalkan kepentingan Sekolah wawasan walaupun salah seorangnya adalah menteri kabinet.

Menteri kabinet tersebut yang menghadapi perebutan jawatan dalam MCA bertindak memperlekehkan konsep sekolah wawasan, disebabkan ketika itu sedang memuncaknya tentangan terhadap Kementerian Pendidikan kerana sebuah sekolah jenis kebangsaan sekitar Damansara. Sebuah sekolah baru bagi menggantaikannya hampir siap, kerana Kementerian Pendidikan menganggap kedudukan SJKC yang lama tidak sesuai dan sesak.

Bagi mengalihkan pandangan dan mendapatkan sokongan masyarakat Cina kerana dalam PRU ke-10, Suqiu dan Dong Zhiao Jong amat kritikal mempertahankan pesekolahan aliran kebangsaan (China) itu. Didedahkan konsep sekolah wawasan sehingga ada akhbar Cina menyiarkan sepenuhnya kertas cadangan penubuhannya sehingga menimbulkan kontroversi yang berpanjangan.

Dek kerana BN sedikit terjejas dalam PRU ke-12, PKR semacam naik tocang memprojekkan langkah pengambilalihan kuasa dengan mempelawa ahli parlimen BN melompat parti. Diberitakan tarikh pengabilalihan kuasa itu ialah 16 September dan menjadi semakin hebat apabila memenangi PR Kecil Permatang Pauh dan dua hari kemudiannya diangkat menjadi Ketua Pembangkang.

Dicanang seantero pelosok termasuk Indonesia dan Amerika Syarikat bahawa pelannya akan menjadi kenyataan. Banyak pihak percaya sehinggalah pada malam 15 September mula merukyahkan tarikh yang lain, iaitu pada 23 September.
Dalam ucapan pada malam itu, tokoh utamanya DSAI berbohong lagi. Kononnya telah menemui Perdana Menteri dan akan menghantar surat kepada Yang DiPertuan Agong agar diperkenankan pelan peralihan kuasa itu. Beberapa hari selepas itu, Perdana Menteri menyelar tindakan provokasi itu sebagai “kerja gila” dan semakin sunyilah kedengaran dendangan menguasai politik negara.

Barangkali kerana kecewa dan ingin melepaskan geram, penyokong PKR membina pula tanda baru mengagung-angungkan pemimpin utama mereka. Maka, perjalanan saya pada hari Ahad (5 Oktober 2008) dari Bentong melalui lereng Banjaran Titiwangsa ke Kuala Kubu Bahru- Hulu Yam dan terserempak dengan replica gagah setingga lebih 10 kaki berhadapan lampu isyarat Selayang menghala ke Jalan Ipoh/Kucing.

Hari itu hujan agak lebat. Saya hanya kurang jelas adakah wajahnya adalah DSAI? Tetapi yang jelas ialah beberapa lambing PKR terpampang. Keesokan paginya saya ke Kapong Nakhoda untuk berjumpa kawan lama, wataknya menyamai DSAI namun wajahnya sedikit kelainan.


Bahagian bawah pipinya Nampak sedikit kelainan dengan wajah DSAI sebenar, tetapi miripnya hampir 80 peratus. Maka berkatalah hati kecil saya, ini belum jadi Perdana Menteri. Bila dah jadi Perdana Menteri, mungkin seluruh tempat akan dihiaskan patongnya.

Mungkin kita teringat bagaimana Saddam Hussin meletakkan hampir setiap tempat strategic di kota Baghdad dengan patongnya. Mungkinkah ini akan dilakukan jika DSAI berjaya memerintah?

Persoalan ini merupakan keangkuhan dan kesombongan seorang yang pernah dianggap merendahkan diri atas landasan Islam. Tiba-tiba kerana terlalu inginkan kuasa, kelihatan secara simboliknya sombong dan angkuh sekali. Bolehkah kita menyandarkan harapan ke bahunya?

Lantas saya menggarukan kepala. Jika inilah yang berlaku, kita mungkin akan terus melakukan upacara pemujaan peribadi yang keterlaluan kepada seeorang, sedangkan Islam tidak membenarkannya. Kita tidak dibenarkan memuja seseorang dan melembagakannya sebagai yang terhormat ataupun terkeramat sekalipun. DSAI bukanlah tokoh keramat. DSAI adalah tokoh yang berkhianat, sanggup memburuk-burukkan negara sehingga melemahkan kepercayaan orang luar.

Sanggup menuduh kepimpinan negara. Sanggup menuduh yang bukan-bukan sehingga meyakinkan Amerika Syarikat bahawa apa yang dilakukan oleh Kerajaan sebagai sesuatu yang negative. Bolehkah orang bersifat seperti itu dipercayai dan dijadikan tempat menumpah harapan dan menggantungkan impian?

Sunday, August 17, 2008

ANWAR JADI PM – TUN MAHATHIR BERHIJRAH KE LUAR NEGARA

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tidak akan bermastautin di Malaysia jika Anwar berjaya dalam misinya sebagai Perdana Menteri. Kata-kata Tun Dr. Mahthir itu jelas meggambarkan kekecewaannya terhadap masa depan Negara bila dipimpin oleh Anwar.

Jika semasa Pak Lah menerajui UMNO dan Negara, Tun Dr. Mahathir hanya keluar UMNO. Lebih menyedihkan lagi bila Anwar jadi PM, Tun Dr. Mahathir berhijrah ke luar Negara. Sebagai rakyat Malaysia yang mengetahui jasa dan menghargai sumbangan Tun Dr. Mahathir kita harus bertanya, kenapa sampai begitu sekali beliau merajuk?

Adakah Tun Dr. Mahathir takut bila Anwar jadi PM akan ditangkap atas dendam kesumatnya. Jika Anwar sanggup melaksanakan dendamnya terhadap Tun Dr. Mahathir kerana pernah memecatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri, adalah suatu sikap melampau teramat sangat.

Sebagai seorang pemimpin yang berpaksikan masyarakat madani, dendam kesumat bukanlah ciri utamanya. Seseorang pemimpin yang bersifat madani tentunya sanggup memaafkan setiap orang, hatta seseorang itu pernah berbuat salah kepadanya.


Kita mungkin ingat dan ada sedikit berpengetahuan mengenai sejarah Islam. Di zaman Rasullullah saw, baginda pernah digertak, diancam dan dicaci dengan pelbagai ancaman termasuk cubaan membunuh, tidak membalas dendam. Baginda menggunakan hemahnya, memaafkan mereka sehinggalah sebahagian besarnya menjadi sahabat, rakan dan teman yang sanggup berkorban apa saja bagi menggerakkan dakwah Islam.

Baginda tidak mencaci orang yang pernah memusuhinya. Baginda sentiasa mencari jalan bagaimana memujuk mereka sehinggalah keperkasaan Umar Al-Khatab, Zaid ibn Ziyad dan sebagainya menjadi pahlawan besar dalam sejarah kebangkitan Islam.

Perlu Anwar beristiqamah. Anwar perlu tanyakan dirinya sendiri. Suatu ketika, beliau merupakan untouchable leader in Malaysia. Semua orang bercakap, kita tidak boleh lawan pak syeikh. Lawan pak syeikh nahas.

Dr. Mahathir telah memberikan ruang yang cukup luas kepada Anwar untuk mengasah potensi dan karisma. Sebelum tahun 1981, Anwar hanyalah seorang pemimpin dalam ABIM, WAMY dan beberapa pertubuhan belia. Tetapi, setelah Ibrahim Ali berjaya mempengaruhi Dr. Mahathir, Anwar dibawa masuk ke dalam UMNO.
Pada tahun 1982, Anwar bertanding dan menang kerusi parlimen Permatang Pauh. Bila menang, terus dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana. Seterusnya menancak menjadi Menteri Pertanian, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran (Pendidikan), Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Pada tahun 1995, beliau dengan ghairahnya mencaturkan politik UMNO sehingga memaksa Tun Ghafar Baba berundur. Beliau menang dengan mudah jawatan Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kumpulan Anwar yang begitu kuat dengan team wawasannya, dan ketika itu bergemalah slogan Melayu Baru, Melayu Antarabangsa dan sebagainya atas nama dan kebanggan Melayu.


Disaat itulah Amwar mula melebarkan sayap sehingga diberikan kepercayaan oleh Tun Dr. Mahathir untuk memangku jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1997. Tun Dr. Mahathir bercuti selama sebulan. Ini merupakan sejarah pertama negara, Perdana Menteri menamakan pemangkunya semasa beliau bercuti.

Dr. Mahathir pernah mengumumkan bahawa penggantinya ialah Anwar Ibrahim. Mungkin waktu itu Dr. Mahathir amat yakin dengan potensi dan kepimpinan serta Anwar dianggap sebagai orang yang paling layak. Sampai kini Anwar mendakwa pemecatannya pada tahun 1998 adalah tidak sah, beliau masih berhak menjawat jawatan Perdana Menteri.

Pemecatan Anwar yang pernah dianggap sebagai untouchable itu mempunyai hikmah yang amat besar kepada negara. Allah SWT telah menunjukkan gerak hati kepada Tun Dr. Mahathir, jika Anwar menjadi Perdana Menteri Negara akan menjadi porak peranda.

Anwar bersengkongkol dengan sekumpulan pemimpin Yahudi yang berpengaruh. Dia menjadi sahabat karib kepada Al-Gore, Camdesus, Medeline Albright (saya pernah melihat Anwar berpelukan dengan Albright semasa menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi pada tahun 1997). Paling bijak Anwar memainkan peranan sehingga tidak ada yang lebih berkuasa daripadanya semasa meluluskan peruntukan dan membelanjakan wang untuk pembangunan Universiti Islam Antarabangsa termasuk ISTAC.

Beliau banyak membelanjakan wang untuk menyewakan sebuah rumah banglo dan kelengkapan untuk Dr. Hamid Sulayman, reactor UIAM di Gombak. Bayangkan rumah sewa tersebut diadakan kolam mandi, melebihi rumah seorang menteri kabinet.

Beliau turut menyalurkan wang yang banyak kepada Institute of International Islamic Thought yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Difahamkan beliau merupakan peneraju utama IIIT itu. Atas nama Islam beliau membelanjakan wang, memindahkan wang yang begitu banyak sehingga melampaui batasan.


Wang tersebut mungkin untuk kegunaan peribadinya melalui simpanan dalam tabung-tabung tersebut. Jika tidak menyalurkan wang tersebut, cuba kita bayangkan di manakah beliau boleh menggerakkan Parti Keadilan sehingga sekarang. Dari sumber manakah beliau mempunyai kewangan untuk menaja dan melaksanakan aktiviti partinya. Menurut pengetahuan biasa, Keadilan tidak menganjurkan kutipan derma sebagaimana PAS.


Jika pun ada kenyataan bahawa beliau mengajar selepas dibebaskan, berapa sangat pendapatan yang diperolehnya. Saya kira cukup untuk perbelanjaan hariannya sahaja.

Apakah Anwar tidak mengamalkan kroni semasa berada dalam cabinet? Anwar turut memberikan ruang dan projek kepada rakan-rakanya terutama mereka yang mempunyai hubungan dengan ABIM? Kita kenal ramai rakan-rakannya dalam ABIM menjadi kaya raya semasa Anwar berada dalam cabinet. Apa hubungan Anwar dengan Abrar Corporation sehingga turut luput dalam perniagaan di Malaysia selepas pemecatannya.


Anwar turut memberikan saham yang besar kepada mertuanya sehingga berjaya menguasai Malaysian Oxygen, syarikat yang membekalkan gas oksijen bagi keguanaan perubatan. Siapakah bapak mertuanya itu? Beliau adalah pesara kerajaan? Bagaimana seorang pesara kerajaan boleh menguasai sebuah syarikat yang besar dan berpengaruh? Bukankah itu peranan Anwar?


Anwar merupakan orang yang tidak percaya kepada takdir? Sepatutnya beliau meneliti apakah hemahnya beliau dipecat oleh Dr. Mahathir pada tahun 1998. Tentunya mempunyai sebab dan kesalahan yang besar yang tidak mampu ditutup oleh Dr. Mahathir. Bukan Dr. Mahathir menjatuhkan Anwar kerana takdir telah menentukan berlakunya sedemikian.

Mungkin Anwar akan terus berdendam. Cuba kita fikirkan kedudukannya yang untouchable pada suatu ketika dahulu jatuh dengan penuh keaiban. Kepimpinan yang penuh ditonjolkan secara Islamik telah menyebabkan ramai pihak mula tidak percaya dengan Dr. Mahathir, tetapi akhirnya imej Dr. Mahathir kembali bersinar selepas berjaya mengekang kemerosotan nilai matawang.


Pertandingan di Permatang Pauh ini merupakan satu pertandingan antara Anwar dengan dirinya sendiri. Anwar perlu bertarung dan kemenangan amat diperlukan sebagai membuktikan pengaruhnya. Jika tewas, ramai pihak menganggap karier politiknya berkubur.

Ujian pengaruh di Permatang Pauh ini juga bakal menyaksikan Anwar berperang dengan rakan-rakan karibnya yang suatu ketika amat setia dengan beliau. Tentunya beliau akan membuat tuduhan, rakan-rakannya telah menyebelahi BN kerana ditawarkan dengan pelbagai imbuhan.


Beliau tentunya akan memutarkan maklumat. Rakan-rakannya akan menghentam beliau merupakan pembelot. Beliau mungkin sedar. Orang pertama yang melabelkan dengan aibnya bukanlah pemimpin-pemimpin BN, tetapi Mohamad Sabu. Mohd Sabu amat dekat dengan Anwar, kerana beliau juga anak Pulau Pinang, kampungnya tidaklah begitu jauh dengan Cerok Tok Kun. Tidak pun sampai sejam perjalanan berkereta.

Takkan Mohd Sabu tidak tahu dan kenal Anwar. Takkanlah Mohd Sabu sanggup melabelkan Anwar sedemikian jika tidak berupaya menghidu asap unggunan api Anwar? Kenapa Anwar tidak menyalahkan Mohd Sabu sedangkan bila Saiful Bahrin membuat laporan polis mengenai seks luar tabie mengatakan ia adalah palsu.

Terfikir oleh saya, kenapa beliau berusaha sangat untuk melobi dan membeli beberapa orang pemimpin BN agar menyertai PKR. Kenapa beliau tidak begitu gentlemen politiknya sehingga sanggup untuk berada di Putrajaya melalui jalan belakang? Apakah ini sifatnya beliau?

Dengan memujuk dan menggoda ahli parlimen BN memasuki PKR, bererti Anwar menggunakan jalan belakang. Kalau kita memasuki jalan belakang, bermakna bukanlah benar-benar jantan.

Tunggulah tahun 2012, bertandinglah secara jantan. Jika PKR menang dalam pilihan raya itu, bukan sahaja saya akan anggap Anwar sebagai Perdana Menteri malah sebagai seorang pahlawan politik teragung dalam sejarah Malaysia. Jika dengan cara yang ingin dilaksanakan oleh Anwar sekarang, saya bukan sahaja tidak hormat kepada beliau, malah tidak boleh menerimanya sebagai Perdana Menteri.

Saya tidak minat dengan Anwar, bukan seperti saya menyanjunginya sebagai seorang pemimpin pelajar sedikit masa dahulu. Saya tidak hairan apabila ada pihak yang menyeranaikan beliau beberapa tahun lalu sebagai pemimpin Islam yang berpengaruh dalam seratus orang Islam.

Beliau dianggap sebagai pemimpin Islam masa depan, kerana banyak menyalurkan wang kepada IIIT yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Beliau menggunakan wang untuk menangkatkan kedudukan itu. Saya telahpun membakar buku tersebut, walaupun suatu ketika dahulu saya menyimpannya dengan baik.

Bila nonaku Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh, saya turut teringatkan beberapa insiden yang pernah berlaku dalam keluarga tersebut. Saya pernah dengar pada tahun 1999, Wan Azizah pernah mendaftarkan permohonan cerainya di Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes tersebut tidak kedengaran lagi, mungkin ditarik balik oleh Wan Azizah.

Saya pernah dengar bahawa Wan Azizah pernah beberapa kali memohon nasihat Dr, Mahathir dan Dr. Hasmah mengenai masalah rumah tangga mereka semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dr. Hasmah memberikan nasihat semoga Wan Azizah terus setia kepada suaminya, walaupun mendapat pelbagai maklumat mengenai kecurangan suaminya.

Mungkinkah pengosongan itu kerana didesak oleh suaminya. Wan Azizah mungkin faham bahawa suaminya merupakan seorang pendesak tegar yang tak mampu lagi dihindari. Ini kerana Anwar sudah kesuntukan masa, jika tidak mengosongkan secepat mungkin matlamatnya menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 tidak kesampaian.

Wan Azizah mungkin tidak lena tidur kerana memikirkan hasrat rakus suaminya. Jika hasratnya terhalang, Anwar akan melakukan apa sahaja. Hanyalah Wan Azizah yang lebih arif tentang niat, matlamat dan kerakusan suaminya. Bersabarlah wahai “nonaku Azizah” apabila mendengar berita Saiful sudah bersumpah di Masjid Kuala Lumpur bahawa telah diliwat.

Jika menangis, tak apa tangisan itu merupakan tangisan penuh keinsafan bahawa Allah SWT menunjukkan jalan yang sebenarnya kepada puan. Allah SWT telah memberikan sinaran kehidupan yang baru, bahawa ada lebih baik kembali ke pangkal jalan dari terus mempertahankan atau mendolak-dalih kebenaran.

Tap apa tak jadi isteri Perdana Menteri pun tak apa. Allah SWT tidak mengizinkan berada di situ kerana takdir telah menentukan sedimikian walaupun kita pernah merancang dengan penuh teliti dan bersistematik. Tanpa izinnya akan ada sahaja halangan, percaya kepada takdir kerana itu telah diajarkan kepada kita sejak kecil lagi.